mengempiskan perut, mengurangkan berat badan dan membentuk kembali tubuh ibu
memberi sokongan pada bahagan organ dalaman tubuh si ibu yang ‘membengkak’
mengetatkan bahagian perut yang menggeleber akibat daripada bahagian otot perut yang lemah
membantu postur tubuh ibu dalam sesi penyusuan badan
memecahkan lemak dan selulit
mencegah pengambilan makanan secara berlebihan
Pemakaian bengkung secara tradisional ini boleh gunakan oleh para ibu yang melahirkan bayi secara normal seawal hari ketiga. Namun begitu pemakaian bengkung tradisional ini tidak sesuai bagi ibu yang menjalani proses kelahiran secara pembedahan atau melalui kaedah Cesarean.